twitter

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim...


Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya saya diberi sedikit idea untuk menulis tentang 'kisah manusia dikepulauan solomon'..

Dikepulauan solomon terdapat banyak pokok yang berkayu tebal dan sangat tinggi,dan cara manusia disana untuk menghapuskan pokok tersebut bukan dengan menyembur racun padanya,atau menebangnya..
Tapi cara yang digunakan adalah 'memaki hamun' pokok tersebut..
Beramai-ramai mereka memaki hamun pokok tersebut..
Selepas beberapa hari didapati daun-daun pokok itu telah layu dan pokok itu akhirnya mati...

Apa yang ingin disampaikan disini?
Pokok juga kehidupan,yang diciptakan Allah S.W.T yang mempunyai naluri tersendiri..
Jika pokok boleh mati setelah dihina,bagaimana dengan manusia?

Hidup ini hanya sementara dan dalam kehidupan ini bukan semuanya manis belaka,adakalanya pahit datang menjelma..
Namun kita 'nimati' segala rasa yang hadir,kerana hidup hanya sekali..
Apa yang kita dapat dengan menghina sesama manusia atau lebih afdal sesama islam?
Jika seseorang itu gagal dalam sesuatu apa yang dibuatnya,jangan pandang rendah padanya namun teruskan bagi kata2 semanggat,hidupkan terus semanggatnya bukan mematikan semanggatnya..

Andai kata hari ini anda baru sahaja lepas gagal dalam ujian,balik tu anda pun cerita pada rakan/sedara/adik-beradik atau siapa sahaja bahawa anda telah gagal dalam ujian dan mereka berkata 'kau memang lembab,patut pun tak lulus' apa anda rasa? Mati tak perasaan anda?

Jadi mesejnya disini,kalau pokok boleh mati selepas dimaki..
Bagaimana dengan manusia?
Tahukah kalian jawapan 'kau memang lembab patut pun tak lulus' itu sahaja mampu membunuh manusia itu

" Apakah yang paling tajam didunia ini?".
Imam Ghazali menjawab yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Oleh itu ingatlah lidah sahaja mampu membunuh seorang manusia...
Bila ada sahabat yang ingin berubah,atau perlukan kata2 semanggat berikanlah kata2 anda dengan ikhlas sekali,kerana apa yang terbaik untuknya,adalah terbaik untuk anda juga..
Janganlah persoalkan apa yang ingin dilakukan sebaliknya bantulah dia....

TAHUKAH ANDA,Allah pun tidak pernah menyoal hambanya yang ingin bertaubat,malah Allah sentiasa memberi peluang,dan peluang itu sentiasa ada sehingga kiamat.Adakah manusia yang ingin menyoal orang lain yang ingin bertaubat,dan tidak memberi peluang kepadanya?


P/S : Berdasarkan pengalaman dan coretan sendiri,segala salah dan silap harap dimaafkan..


Sekian,
Assalamualaikum....


-Adik Itik-
Saturday 17 March 2012 | 0 comments |
BY : IMAN NISA


Sahabat..
Datang ketika duka
Muncul ketika kecewa
Ceria ketika gembira
Tenang ketika bahagia

Sahabat..
Hadir tanpa diduga
Penyeri hidup membawa rasa
Susah senang hadapi bersama
Jerih Perih tenang merasa

Sahabat..
Hadir tanpa dipinta
Bersama tenang terasa
Berpisah resah tiada
Ikhlas bersahabat kerana Dia
Sahabat Ukhwah reda mengiringi...
Sunday 11 March 2012 | 0 comments |
BY : AN-NUR

Assalamualaikum kawan2.. ^_^
Dengan berbesar hatinya saya menjemput kawan2 menulis apa sahaja dalam blog ni.. tapi yang penting tidak berbau atau berbentuk peribadi.. cerpen,ilmiah,puisi, apa2 je la.. feel  free to post.. selamat berkarya.. ^_^
Saturday 10 March 2012 | 3 comments |